Senjata tentera berjalan kaki ('Infantri') Pertempuran_anti-kereta_kebal

Bom tangan

Terdapat banyak jenis dan rupa bom tangan anti-kereta kebal. Ia berbeza dari reka bentuk peletup lompang (hollow charge) (contoh., [Bom tangan No. 68 AT]] British), kepada yang hanya mempunyai banyak bahan letupan (Bom tangan No. 73 British). Untuk meningkatkan keberkesanannya, sesetengah bom tangan direka agar ia mampu pelekat kepada kereta kebal samaada melalui pelekat (bom melekit (sticky bomb)) atau menggunakan magnet. Pihak Jerman menggunakan bom tangan bermagnet ("Hafthohlladung 3") bagi memastikan peletup lompang akan meletus pada sudut optima 90° dari perisai.

Terdapat juga bom tangan khusus yang dikenali sebagai Nebelhandgranaten atau "Blendkörper" ("bom tangan asap"), yang sepatutnya dihentak pada liang udara dan memenuhi kereta kebal dengan asap, yang digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II. Koktail Molotov (Molotov cocktails) turut digunakan secara meluas terutamanya semasa Perang Musim Sejuk (Winter War), tetapi ia hanya kereta kebal awal yang terdedah kepadanya, dan bagi kereta kebal yang terkemudian, botol perlu dilontar dengan teliti tepat ke atas bahagian enjin untuk memberi apa-apa kesan.

HEAT dan HESH

Pembangunan dalam senjata anti-kereta kebal ringan (contoh bawaan manusia) berkembang semasa (Perang Dunia II). Kebanyakannya berasaskan kesan Munroe (atau peletup bentuk (shaped charge)) dan dikenali sebagai Peletup Kuat Anti-Kereta kebal (High Explosive Anti-tank - HEAT)). Kesannya sama tanpa mengira kelajuan peluru. Kesannya juga ditumpukan dan mampu merobek perisai lebih tebal berbanding sebahagian meriam anti-kereta kebal, tetapi hanya seberat beberapa paun. Peluru HEAT pertama adalah bom tangan rifle, tetapi sistem pelancar yang lebih baik kemudiannya diperkenalkan: PIAT British dilancarkan oleh spring berat dan bahan peledak, Bazooka US dan Panzerschreck Jerman menggunakan roket; Panzerfaust Jerman merupakan meriam tak anjal (recoilless gun) ringan. Kepala peledak HEAT dipasang undur (retroactively) bagi menukar apa yang sebelumnya meriam terhad 37-mm PaK Jerman bagi menembak peluru lebih besar (yang dipasang pada laras dan bukannya di dalamnya) untuk pergi pada jarak lebih jauh berbanding yang mampu oleh Panzerschreck sendirian.

Pembangunan yang berkait letupan adalah HESH yang seiring dangan pembangunan British bagi rifle tak anjal . HESH merupakan sejumlah besar letupan plastik dalam kelonsong peluru nipis. Ia meletup apabila menghentam perisai tetapi hanya selepas penyek pada permukaan perisai. Kesannya adalah memecah sebahagian perisai yang sama saiz di bahagian dalam yang akan mencederakan pengendali kereta kebal dan membinasakan perkakasan dalamannya.

Serangan dekat infantri

Kereta kebal masih terdedah kepada infantri, terutama dalam kawasan tertutup atau kawasan perkumpulan. Perisai dan pergerakan kereta kebal turut menjaidkan ia besar dan bising. Ini membenarkan pasukan pejalan kaki musuh mengesan, menjejak dan mengelak kereta kebal sehingga peluang terbuka bagi serang balas. Semenjak kehilangan besar kereta kebal pada lapangan Perang Dunia II, taktik kereta kebal secara umumnya merangkumi sokongan dekat infantri.

Disebabkan krew kereta kebal mempunyai penglihatan terhad, ia amat mudah bagi infantri berpengalaman untuk menghampiri kereta kebal, terutamanya semasa pintu di tutup. Sekiranya anggota krew membuka pintu untuk penglihatan lebih baik, dia mungkin ditembak.

Tentera pejalan kaki tidak dapat ditembak oleh senjata kereta kebal apabila rapat, kerana meriam utama dan mesingan koaxial tidak dapat diacu mencukupi ke bawah. Bila mana kereta kebal beroperasi dalam kumpulan, ini bukannya satu masaalah kerana ia saling menyokong bagi menghalau tentera pejalan kai dengan senjata ringan.

Sementara kebanyakan roket, peluru berpandu bimbit, dan bom tangan tidak mampu menembusi bahagian perisai hadapan kereta kebal, ia mungkin menembusi kawasan atas, belakang dan sisi yang kurang berperisai. Kerosakan pada gear bergerak mampu menyebabkan bunuh gerak.

Kereta kebal turut terdedah kepada periuk api anti-kereta kebal yang ditanam secara manual. Infantri turut menghentikan kereta kebal dengan menggunakan kepingan yang diturup dengan daun dan tanah sebagai periuk api palsu (muslihat ini dibantu dengan penglihatan terhad krew). Infantri kemudiannya boleh menyerang kereta kebal yang berhenti. Taktik ini diajar kepada Kawalan Kampung British (British Home Guard) semasa Perang Dunia II disebabkan sering kali mereka tidak dibekalkan dengan senjata anti-kereta kebal jarak jauh.

Tambahan lagi, di tempat perkumpulan, kereta kebal amat terdedah kepada serangan dari udara dan kadang kala dari bawah, disebabkan bahagian atas dan bawah kereta kebal merupakan kawasan perisai paling lemah.

Dalam sesetengah kes semasa Perang Dunia II, taktik tentera pejalan kaki Soviet adalah untuk meluru kearah kereta kebal Nazi, mengelakkan meriam utama dan mesingan, dan menuang petrol keatas dan ke dalam kereta kebal dan menyalakan api, kadangkala sengaja menyekat laluan keluar, membakar jurutera di dalamnya hidup-hidup.